Bagaimana kita membenarkan robot-robot google merangkak masuk ke laman blog kita dengan cara yang tersusun? Ikuti langkah-langkah dibawah.
Langkah Pertama
Daftarkan laman blog anda di Google dengan cara menaip atau klik pada link http://www.google.com/addurl/

Langkah Kedua
Capai pautan ke Google Webmasters Tools. Login mengguna akaun google anda (gmail) atau bina akaun baru.
Setelah anda masuk ke Webmaster Tools Dashboard akan tertera satu ruangan form Add Site. Isikan ruangan tersebut dengan alamat blog anda.
Sekiranya alamat blog anda http://www.contoh.com/ isi dengan http://www.contoh.com/.
Sekiranya alamat blog anda http://www.contoh.com/blog/ isi dengan http://www.contoh.com/blog/
Sekiranya alamat blog anda http://blog.contoh.com/ isi dengan http://blog.contoh.com/

Langkah Ketiga
Setelah selesai langkah kedua, anda dikehendaki untuk Verify your site.
Selepas anda klik pada Verify your site ikuti langkah seterusnya iaitu verify web anda dengan 2 cara iaitu
1. META tag.
2. Memuat naik file html.
Disini aku lebih syorkan kalian semua memuatnaik file HTML.


0 comments:
Post a Comment